KEMBARA LALU..
aku masih lagi bercuti. terima sms dari kawan, mengajak ke Gunung Dato`. di negeri sembilan. semasa di rumah mertuaku, hati bergolak; nak pergi atau tak.. akhirnya aku nekad buat keja kalut. pegi aja lah.
tapi trip tu esoknya, skang kat umah mertua aku lagi.
esoknya, aku tenang-tenangkan diri, tak mau tergesa2 balik ke kl. bukan nya jauh pun rumah mertua aku dari kl. tapah ja. menjelang petang, aku bertolak dari Tapah, sasaranku pkl 8.00 malam aku berada di puchong. lalu aku susuri hiway, bersama anak-anak dan isteriku.
SAKIT HATI.. bila kat hiway, jem teruk. hati mula tak tentu. takut rakan-rakanku yang dah berjanji berkumpul di puchong akan bergerak dulu. tapi Alhamdulillah, selamat sampai cuma agak terlewat.
Selesai angkat barang2 ke dalam rumah ku di puchong, aku terus mandi. ambil alatan hiking, bersalam cium anak-anak ku serta isteri. terus turun ke car park. kawan-kawan dah lama menanti. naik kereta, terus pergi.
berhenti sekejap di hentian seremban, menunggu kawan-kawan yang lain datang. dah ramai sampai.. kami bertolak. sampai... di kaki gunung Dato`. ramai lagi yang akan mendaki bersama kami. tambah kenalan. sepanjang mendaki tiada cabaran, cuma sedikit lambat kerana ramai peserta perempuan yang baru mencuba-cuba melelahkan diri mendaki.
sampai di puncak, angin bertiup kencang. kawan-kawan asyik menyalahkan diri sendiri. sebab tinggalkan wind breaker di kaki gunung, bukannya apa. cuaca malam panas sangat, pun sangat panas ketika mendaki. tak sangka pulak, di camp site puncak Dato`, angin kuat. sejuk menggigil. kami bertahan sehingga subuh..
ambil wuduk dari botol air mineral, solat subuh di puncak Dato, kawasan berbatu, hampiri gaung,.
menikmati pemandangan terbit matahari. kami abadikan..